Cara Jahit Kaff Lengan Baju

Assalamualaikum...
ME nak kongsi cara jahit kaff ni.

Sebenarnya korang boleh jugak rujuk sini :-

ME pun belajar dari CS jugak.
Cumanya ME ni tak berapa nak paham.
Disebabkan itu, setiap kali buat kaff baju mesti lain2 cara jahitnya.
ME ada jugak godek2 diserata tempat untuk belajar teknik yang betul.
Sampailah ME terjumpa ngan cara cubajaya ME ni.

Memula potong kaff ikut ukuran yang korang nak.
Rujuk kat nota CS ye.

Lepas tu, seterikakan kat kain yang nak dijadikan kaff eh.
Jadi la camni...
Kat lengan baju korang, jahit la kedut2 ye.
Nak bagi sepadan ngan panjang kaff.

Lipatkan basi sebelah kain gam yang melekat kat kain tu.
Kemudian, jahit lurus sebagai kemasan.

Buruk pulak rupanya kan..
Tapi takpe, yang penting sebelah luarnya kemas.
Jahitkan kiri kanan pulak.
Yang ni jangan jahit atas kain gam tu ya, tapi kat tepi dia.
Nanti kang gelembung atau melengkung pulak kaff korang.
Tak cantik.
Ni rupa sebelah belakang.
Siap tu, korang terbalikkan.
Yang sebelah kain gam tu ke dalam.

Baru la nampak rupa kaff korang.

Ni lah kaff korang!!!
Kan lawo tu.
Perasan la puloks! =p
Seterusnya nak sambungkan pada lengan tangan pulak.

Camni la rupanya.
Ok, korang penitikan antara kaff dengan lengan baju.
Dan jahit lurus.

Pastikan masa nak sambung kaff,
bahagian yang keras (kain yg melekat kain gam) tu yang akan berada di luar ek.
Haaa.. jadi la macam ni pulak.
Tengok.. kan.. bahagian yang keras tu kat luar.

Sekali lagi, penitikan.
Untuk tutup kaff korang yang ternganga tu.
Siap penitikan tu, korang boleh la jahit lurus kat situ.
Sampai hujung tu, korang kona la.
Teruskan jahitan lagi.
Nak kasi kemas.

Teruskan menjahit sampai ke hujung sebelah sini ye.
Hasilnya... Tada!!!

Boh butang sebelah dalam tu.
Then siap la!!!

Mudah kan??
Selamat mencuba!!

nOtaKaki:~ Maaf, gambar lain2. ME lupa nak snap certain pics.!!!
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. senang nak faham.. =) baru rasa best nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau paham.. boleh buat la pasni ;)

      Delete
  2. Assalam. Cara jahit nye macam jahit leher baju cekak musang ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...Ha ah..lebih kurang gitu la...

      Delete

Komen je.. tak payah malu.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...