Cara Guna Tapak Sembat @ Blind Hem Foot

Hari tu, ME dah ajar cara sembat guna tapak biasa kan...

Kali ni, ME nak tunjuk cara nak sembat guna tapak khas dia pulak.
Tapak sembat atau blind hem foot.
Memula setting dulu mesin kita macam ni.
Ikut jenis mesin korang la ek.



Lepas tu, mulalah lipat hujung baju macam biasa kita nak sembat tu.
ME biasa buat seinci je.

Penitikan bagi kemas.


Kemudian, lipat bahagian tadi tu ke dalam.


Tukarlah tapak mesin tu kepada tapak sembat ni.
Dan letak kain elok2, biar kena pada tempatnya.
Spring kat tepi tu boleh diejas tau.
Ikut kesusaian jarak kain la ya.


Untuk dapatkan hasil yang cantik, sila pastikan jarum tu cubit sikit je kain
bahagian yang boleh nampak dari luar.



Gini la rupanya..
Jahitan dari  bahagian dalam kain. 


Ini pulak dari luar.
Tada!!!!
Dah jadikan...
Lagi cepat dan mudah...

Setelah diseterika...
Nampak smooth je..
Kan kan..
Boleh senyum lebar dah..
(^_________^)v

Selamat Mencuba Korang!!!!


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. SisME..blh ke kite jht tepi guna msn jht biasa..then kite bli tapak jht tepi..sy bdk bru menetas dlm dunia jhtn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sgt2 lambat reply..
      dah lama tak jenguk blog ni..

      Jawapan - boleh, takde masalah.. pakai tapak jahit tepi tu tapi rasanya utk sesetengah jenis kain, mungkin finishingnya tak berapa kemas..

      Delete

Komen je.. tak payah malu.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...