Cara Jahit Kaff Lengan Baju
Assalamualaikum...
ME nak kongsi cara jahit kaff ni.
Sebenarnya korang boleh jugak rujuk sini :-
ME pun belajar dari CS jugak.
Cumanya ME ni tak berapa nak paham.
Disebabkan itu, setiap kali buat kaff baju mesti lain2 cara jahitnya.
ME ada jugak godek2 diserata tempat untuk belajar teknik yang betul.
Sampailah ME terjumpa ngan cara cubajaya ME ni.
Memula potong kaff ikut ukuran yang korang nak.
Rujuk kat nota CS ye.
Lepas tu, seterikakan kat kain yang nak dijadikan kaff eh.
Jadi la camni...
Kat lengan baju korang, jahit la kedut2 ye.
Nak bagi sepadan ngan panjang kaff.
Lipatkan basi sebelah kain gam yang melekat kat kain tu.
Kemudian, jahit lurus sebagai kemasan.

Buruk pulak rupanya kan..
Tapi takpe, yang penting sebelah luarnya kemas.

Buruk pulak rupanya kan..
Tapi takpe, yang penting sebelah luarnya kemas.
Jahitkan kiri kanan pulak.
Yang ni jangan jahit atas kain gam tu ya, tapi kat tepi dia.
Nanti kang gelembung atau melengkung pulak kaff korang.
Tak cantik.
Ni rupa sebelah belakang.
Siap tu, korang terbalikkan.
Yang sebelah kain gam tu ke dalam.
Baru la nampak rupa kaff korang.
Ni lah kaff korang!!!
Kan lawo tu.
Perasan la puloks! =p
Seterusnya nak sambungkan pada lengan tangan pulak.
Camni la rupanya.
Ok, korang penitikan antara kaff dengan lengan baju.
Dan jahit lurus.
Pastikan masa nak sambung kaff,
bahagian yang keras (kain yg melekat kain gam) tu yang akan berada di luar ek.
Pastikan masa nak sambung kaff,
bahagian yang keras (kain yg melekat kain gam) tu yang akan berada di luar ek.
Haaa.. jadi la macam ni pulak.
Tengok.. kan.. bahagian yang keras tu kat luar.
Tengok.. kan.. bahagian yang keras tu kat luar.

Sekali lagi, penitikan.
Untuk tutup kaff korang yang ternganga tu.
Siap penitikan tu, korang boleh la jahit lurus kat situ.
Sampai hujung tu, korang kona la.

Teruskan menjahit sampai ke hujung sebelah sini ye.
Hasilnya... Tada!!!

Boh butang sebelah dalam tu.
Then siap la!!!
Mudah kan??
Selamat mencuba!!
nOtaKaki:~ Maaf, gambar lain2. ME lupa nak snap certain pics.!!!
posted from Bloggeroid
Jubah Princess Cut
Hasil daripada pola yang ME lakar hari tu.
Alhamdulillah, eksperimen menjadi.
Kembang setaman..
Kalau tambah pola gigi boya, tak tau la kembang mana lagi tu.

Bila gantumg macam ni nampak kincup je.
Ada sehelai lagi, kaler merah.
Tapi tak dan nak snap picture nya.
Tuan baju datang mengejut, nak amek baju.
Sob3..

posted from Bloggeroid
Jarum Emas untuk Jahit Lycra
Mar
Tuesday,
25,
COMMENTS
Inilah rupanya.
ME beli 2 saiz. 11 & 13.
Tapi yg 13 tu agaknya tak sesuai kot, benang asyik putUs je.

Jadi ME pakai yg saiz 11 je.

Tapi mostly, ME pakai jarum biasa je dengn tapak teflon.
Sebab kadang² jahitan ngan jarum emas pun, ada yang still benang lompat²..
Korang try la.. kot serasi ngan mesib korang.. ^^
posted from Bloggeroid
Ukuran Saiz Standard Baju Kurung/Kurung Moden/Kebaya
Baju Kurung
Bahagian/size S M L
Leher 15 15 1/2 16 1/2
Kekek 2 2 2 1/2
Pesak Atas 2 2 1/2 3
Pesak Bawah 3 1/2 4 4 1/2
Bahu 14 15 16
Luas Lengan 7 1/2 8 8 1/2
Pergelangan Tangan 7 7 1/2 8
Labuh Tangan 22 22 22
Labuh Baju 40 40 41
Labuh kain 39 39 40
Pinggang 26 29 32
Pinggul 38 40 44
UKURAN KURUNG KANAK-KANAK
UKURAN 1 TAHUN 3 TAHUN 5 TAHUN 7 TAHUN 9 TAHUN
LEBAR BAHU 8 9.5 11 13 14.5
LABUH TANGAN 9 11 13 16 20
LABUH TENGAH BELAKANG 8 9.5 10.5 12.5 14
LABUH BAJU 15 17 20 23 28
LABUH KAIN 16 19 23 27 36
KELILING LEHER 8 10 12 13 14
KELILING DADA 19 21 23 25 32
KELILING PINGGANG 19 20 21 25 25
KELILING PINGGUL 20 23 25 30 33
Baju Kebaya / Kurung Moden
Bahagian / size S M L
Bahu 14 15 16
Dada 34 36 38
Pinggang 26 29 32
Pinggul 36 40 44
Leher V 7 8 8 1/2
Bidang depan 10 11 12
Bidang Belakang 11 12 1/2 13 1/2
Mercu ke mercu 5 1/2 6 6 1/2
Bahu ke dada 8 9 10
Bahu Pinggang 15 15 15 1/2
Pinggang ke Pinggul 8 8 8 1/2
Labuh Baju 28~34 29~34 30~36
Labuh Kain 39 39 40
* untuk leher bulan rujuk ukuran baju kurung.
* ukuran ini tiada kelonggaran ,untuk membuat pola sila tambah kelonggaran seperti biasa.
*Kredit kat Cik SUe
Lakar Pola Jubah Princess Cut
Maka ME pun gigih la lakar pola untuk jubah princess cut yang dorang nak.
Ni kira percubaan kali pertama ME la ni.
Harap2 hasilnya memuaskan la..
Amek ha.. siap hangkut lappy sekali.
Rujukan sebagai panduan.
Kot ME salah step.
Haru je nanti.
Korang boleh rujuk page Kak Ngah ni untuk tutorial mudah.
Kalau nak yag bergigi boya la.. =p
Tak nak gigi pun takpe.. kikiki~

Tada!!!

Jembang setaman...

Hasilnya nanti ME post ye.
InsyaALLAH..
See ya!!
posted from Bloggeroid
Baju Kurung Betawi - Annie
Mar
Monday,
17,
COMMENTS
Tempahan daripada customer jauh di seberang laut China Selatan nuh..
Orang Miri..
Hehehe..

posted from Bloggeroid
Sleeve Curve Ruler
Mar
Monday,
10,
COMMENTS

Pembaris ni sangatlah berguna bila nak buat lubang lengan.
Cantik je terbentuk.
Sejak ME gila beli barang² jahitan ni.
ME mula kumpul mende gini.
Ngeee..
Yang ni ME beli online je.
Korang boleh dapatkan ia dengan rujuk kat sini
atau pm kat fb akak ni terus
Nanti ME nak beli pembaris lain pulak.
Tambahkan koleksi.
Ngeh ngeh ngeh..
posted from Bloggeroid
Tapak Teflon - Jahit Lycra
Mar
Saturday,
08,
COMMENTS
Ini lah tapak teflon untuk mesin jahit portable.
Rasanya tapak mesin ni dah semakin popular la.
Maklumlah, pakat menggilai kain lycra katakan.
Kalau ditilik, tapak ni sama je dengan tapak zigzag.
Yang membezakan 2 tapak ni, hanya materialnya je.
Zigzag - Besi
Teflon - Plastik.

ME biasa guuna tapak zigzag je.
Tapi in case benang main lompat2, baru la ME tukar, pakai tapak teflon.
Jarum pulak ME pakai yg sedia ada je. Saiz 14.
Tapi kata otai2 dan sifu2..
Pakai la tapak teflon yang digandingkan dengan jarum emas bersaiz 11.
Apa pun, terpulang pada mesin jahit korang la ek.'
Perlu tukar ke tidak..
Ikut keadaan.
Selamat mencuba & happy sewing!!
posted from Bloggeroid
Kurung Moden - Batik Crepe
Mar
Friday,
07,
COMMENTS

Kali pertama ME jahit kain yang harganya ratusan ringgit.
Tu pun sebab ME tak tau.
Adik ME rahsiakan.
Maklum la ME ni masih buta lagi jenis kain yang ada kat muka bumi ni.
Apa pun, Alhamdulillah...
ME berjaya jahit tanpa sebarang masalah.
posted from Bloggeroid
Cara Guna Tapak Sembat @ Blind Hem Foot
Mar
Tuesday,
04,
COMMENTS
Hari tu, ME dah ajar cara sembat guna tapak biasa kan...
Kali ni, ME nak tunjuk cara nak sembat guna tapak khas dia pulak.
Tapak sembat atau blind hem foot.
Memula setting dulu mesin kita macam ni.
Ikut jenis mesin korang la ek.

Lepas tu, mulalah lipat hujung baju macam biasa kita nak sembat tu.
ME biasa buat seinci je.

Penitikan bagi kemas.

Kemudian, lipat bahagian tadi tu ke dalam.

Tukarlah tapak mesin tu kepada tapak sembat ni.
Dan letak kain elok2, biar kena pada tempatnya.
Spring kat tepi tu boleh diejas tau.
Ikut kesusaian jarak kain la ya.

Untuk dapatkan hasil yang cantik, sila pastikan jarum tu cubit sikit je kain
bahagian yang boleh nampak dari luar.


Gini la rupanya..
Jahitan dari bahagian dalam kain.

Ini pulak dari luar.
Tada!!!!
Dah jadikan...
Lagi cepat dan mudah...

Setelah diseterika...
Nampak smooth je..
Kan kan..
Boleh senyum lebar dah..
(^_________^)v
Selamat Mencuba Korang!!!!
posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)