Cara Jahit Jubah Moden

Kita mulakan dengan sediakan POLA Jubah yang kita kehendaki.
Bagi memudahkan proses nak potong kain nanti.

Pada sesiapa yang tak tahu macam mana nak buat pola jubah,
boleh rujuk kat sini.. :-


Setel buat pola, boleh la tempek kan pada kain.
Yang ni cara buat pelapik leher.

Jangan lupa tinggalkan basi ya.
Ikut suka hati sendiri nak buat basi berapa pun.
Yang dalam gambar ni, ME buat seinci.
Nak selamat gitu.. ^_^

Setel potong kain untuk badan depan belakang dan lengan.
Boleh la masuk part menjahit.
Nak cantumkan semua tu.

Mula-mula, amek bahagian belakang badan jubah dan jahit dart kiri kanan.
Kalau buat zip, cantumkan zip terlebih dulu.
Yang ni, ME tak buat zip sebab mak ME takmo.
Siap jahit dart, cantumkan bahu badan jubah depan dan belakang.



Kemudian, cantumkan pelapik leher, depan dan belakang.
Setelah pelapik dicantumkan, bolehlah dijahit pada badan jubah.
Buat macam tebuk leher baju kurung tu.
Sama je..
Bils dah cun, terbalikkan pelapik leher.. iron bagi kemas. 

 Kemudian, cantumkan lengan pula pada badan ya.
ME lupa nak snap picture masa nak sambung lengan la.
Adesss..
Tapi yang penting kan, pinkan bahagian tengah2 lengan tu pada bahu badan jubah.
Bukan apa, takmo bagi lengan tu senget pulak.
Nak senang lagi, pinkan sekeliling lubang lengan tu.
Kemudian baru jahit, cantumkan lengan dengan badan jubah.
Korang boleh buat sendiri kan?

Lepas tu, jahit la kemasan kat kaki jubah dan tangan jubah.
Mak ME nak lengan biasa je, jadi senang ka keje ME.
Hehehe..

Tadaaaa...!!! Dah siap!
Cun tak?
Hehehe

Harapnya, korang paham la apa yg ME kongsikan kat sini ya.
Kalau korang ada kemusykilan, jangan segan2..
Drop je komen kat ME ya.
ME nak pi layan Kampung Girl..
Daaaa!!



7 comments:

  1. saya nak sangat belajar menjahit,,tapi hati memang risau je takot susah,,susah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya takde susah mana... sy ni pun zero basic pasal jahitan ni.. sy cume belajar melalau blogwalking je.. Alhamdulillah, Allah bg terang hati bab ni..,mudah paham.. hasilnya sy dah boleh jahit macam2 pattern...

      Delete
  2. Harap dihalalkan..saya nak print out untuk jadikan nota jahitan.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. amek la sis... mmg tujuan Miza utk kongsi.. manfaat bersama... ^_^

      Delete
  3. Salam Miza, tak rety la part color tu dari no 5 ke 6.. Lepas potong mcm no 5 tu.. lepas tu buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu buat lapik leher sis.. mcm buatleher baju kurung tu...
      lepas jahit cantum pelapik dgn baju.. terbalikkan, masukkan ke dalam...
      dapat la yg no6 tu

      Delete

Komen je.. tak payah malu.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...