Tempahan yg Menanti

0
COMMENTS
Banyak tak?
Bagi ME ni agak banyak.
Gerun pulak bila tengoknya, entah zaman bila baru siap jahit ni.
Tambah pulak bila ME tengah tak sihat sekarang.
Jadi slow sikit la.

Huhuhu.. tapi kan, ME sukaa...
Sebabnya... bila kain orang anto banyak, maka bertambah jugak la koleksi benang ME.
Nak matching kan dengan kain dorang.
Very the colourful, ye dak..?
Hehehe..

Hee..nak kabo tu je.

Ok la, nak layan drama Love You Mr Arrogant.
Tata...

posted from Bloggeroid

Guna Mesin Jahit Tepi

0
COMMENTS
Setelah seminggu lebih kot mesin ni terbiar tak digunakan secara rasmi..
Akhirnya hari ni, ME rasmikan.

ME baru tau, mesin ni ada pisau siap.
Takut weyh, salah jahit naya je.


Mula² tak berapa nak kemas, tapi lama² menjadi la jugak.


Pencapaian yang agak baik untuk diri sendiri.
Ewahh!!

nOtaKaki :~ ME tak berapa sihat, jadi aktiviti menjahit pun sangat slow.
posted from Bloggeroid

Baju Kurung Betawi

4
COMMENTS
Alhamdulillah, percubaan pertama ni berjaya..
Baju kurung ni macam baju kurung pesak gantung tapi dia takde pesak atas..
Satu pesak je dari atas sampai bawah...

ME tak sure nama sebenar baju jenis ni, cuma pernah jumpa kat blog sape entah.
Katanya, nama baju ni, baju kurung betawi.
Jadi ME pun panggil gitu jugak la.
Ngeh3...

Ok, ME boleh rehat dah!
Esok setelkan yang mana belum setel.
Tata....




posted from Bloggeroid

Cara Jahit Pinggang Getah dan Vakrum

0
COMMENTS

ME budak baru belajar. 
Jadi kalau customer nakkan kain guna getah+kain keras@vakrum@balkrum,
ME belasah ikut contoh baju yang dorang kasi je.
Suruh pepandai sendiri memang amek masa la nak menc0ngak.

ME fikir tak boleh jadi camtu.
Jenuh..
Maka, ME merajinkan diri search cara yang sebetulnya untuk jahit getah campur tu.
Hasilnya, ME menjumpai 3 blog yang menerangkan pasal ni.
Lengkap dan mudah difahami.
Korang pun boleh rujuk sama.

Ni dia link dorang:~

Blouse - Kak Ngah

0
COMMENTS
Setelkan blouse lycra kak ngah nak ni...

Baju Kurung Berbatu

0
COMMENTS
[REPOST- 8/22/13 5:08 PM ]
Tadaa.. !!!
This is my new task.
Jahit baju kurung yang lip lap lip lap ni.

Agak mencabar kesabaran hati dan buat jari kusakit, kuku siap patah lagi.
Nasib baik sikit je.
Gara² nak cabut batu² lip lap yang tak berkenaan tula.
Takmo bagi patah jarum mesin, kalau terjahit pada batu tu.
Haru nanti...
Huhuhu..

Takpe la, janji ME puas hati.
Bukan saja, dapat belajar perkara baru tapi ME berjaya jadikan daripada hanya kain, kepada sepasang baju kurung.

Sape tak bangga kan? :p

Yang ni dah siap disembat bagai.
Kak ngah pun dah selamat bagi pada tuannya.
Yeayy...
Time t0 move to the next task.. wiee... (^_^)v

posted from Bloggeroid

Jubah Moden - Percubaan Pertama

0
COMMENTS
[REPOST - 7/31/13 12:52 AM ]
Atas permintaan kak ngah, ME mencabar diri sendiri untuk cuba buat jubah moden.
Jenuh jugak la aku jelajah blog sana sini, semata-mata nak cari tut0rial jubah.
Malangnya tak banyak.
Jadi, macam biasa.. aku rujuk pada sifu - Cik Sue (jubah)

Orang baru belajar macam ME ni, memang tak boleh lari dari buat benda ni.
Penting o0oo..
Apakah?
POLA la...!!
Maka bermulalah misi ME.

Bila dah siap buat pola, masuk ke step seterusnya.
Gunting kain pulak!
Pola Jubah Moden
Proses nak gunting kain
Part ni ME tak berapa pasti, jadi ME redah je buat cara ME sendiri.
Buat lapik leher, bagi kemas sikit.

Disebabkan kak ngah kata tak payah bubuh zip.
Jadi ME decide buat belahan leher jela, macam baju kurung tu.
Setel part leher.

Sekarang, untuk kaff pulak.
Yang ni pun ME rujuk kat Cik Sue jugak - klik sini -

Haaa, kain putih ni ME rembat je kain gam yang sedia ada.
Asalkan keras, jadi la kan..
Aci redah je ni.
Hahaha!!
Iron pada permukaan kasar ya. Bukan yang berkilat!
Bila dah melekat elok, boleh la jahit bagi kemas untuk jadi bentuk kaff.
Jarakkan sikit dari kain gam tu ya.
Siap jahit, bolehlah terbalikkan.
Tadaa!!
Dah jadi rupa kaff kan?


Kak Ngah punya permintaan - Badan kain kosong, lengan bercorak.
Part badan tadi dah setel, jadi yang ni potong kain untuk lengan pulak.

Kaff ME yang dah nampak rupa.
Siap bersambung dengan lengan dah.
Ini baru setel jahit butang pada kaff.
Yang luar tu, butang hiasan je.
Dalam pakai butang katip.
Ingat nak buat jahitan lubang butang tapi bila try kat kain perca, macam tak lawa je.
Jadi ME pilih buat macam ni.

Akhirnya, siap!!
Alhamdulillah, percubaan pertamaku berhasil.
Lupa nak amek gambor part dat.
Menjadi beb, ME jahit dat kat belakang badan tu.
Hahaha..
Kagum dengan diri sendiri.

Inilah rupanya jubah moden yang dah berjayaME jahit!
Bila kak ngah pakai tadi, sangat lawa!
Bangga sungguh dengan diri sendiri.
Heeee.. =p


Insyaallah, nanti ME tempek kat sini picture Kak Ngah bila dia pakai baju ni.
Tadi tak boleh nak snap. Katanya nanti basi.
maklumlah jubah raya tuu!!
Hahaha..

Ok la, nak layan Running Man kejap.
Ciao!!
posted from Bloggeroid

Cara Potong Kain Baju Kurung

0
COMMENTS
[REPOST KAT SINI]

Terpaksa bersengkang mata untuk menimba ilmu yang sebetulnya.
Kang buatnya ME tersalah potong kain orang naya je.
Huhuhu....
Penat tapi takpe la.
Memang bukan senang nak senang kan.
Apa pun yang kita buat atau pilih,
pasti ia menuntut pengorbanan.

Apa saja la yang ME merapu.
Ok, back to the topic.
Berpinar jugak la mataME ni, nak baca semua entri post yang berkaitan.
Namun, berbaloi la sebab dapat tingkatkan kefahaman ME.

Kalau korang pun ala² ME jugak, korang boleh la jenguk kat sini.
Mana tau mata yang kelam bOleh jadi cerah macam ME ni haa..
Kononnya la. Hehehe..
contoh - amek dr blog annurzada

Ni ME kasi link ye:-
naninana - simple dan mudah faham
ciknonie - super simple dan juga mudah faham
kakazz - yang ni siap ada cara nak potong kainnya sekali
noremcollections - yang ni untuk kain saja
annurzadacollection - sini lebih kurang sama dengan yg atas2 tu

Rasanya ME dah faham kot.
Boleh masuk beradu dah.
Sangat penat, seharian siang semalam mengadap pola dan kain je.
InsyaAllah jumpa lagi.
Assalamualaikum

Pola Kain Selisih Belah Dalam

0
COMMENTS
Haa, yang ni kalau nak buat kain selisih@lipat yang berbelah kat dalam.
Boleh rujuk sini..
Cik Sue; pola-kain-lipat-belah-dalam

Atau pun kat sini..

CMelor- tutorial-cara-buat-pola-kain-selisih


Pola Kain Lipat Batik

0
COMMENTS
Disebabkan semalam dah setelkan part baju kurung
yang orang tempah.
Hari ni, ME amek peluang untuk study sikit.

Ini semua disebabkan ada cust0mer anto kain untuk buat baju kurung pesak gantung.
Dia nakkan kain jenis lipat batik.
Haru 0oo sebab ME tak pernah buat lagi kain jenis tu.
ME budak baru belajar katakan.
Ngeh ngeh ngeh...

Jadi dengan gigihnya ME mencari blog-blog yang berkaitan.
Macam biasa ME suka merujuk kat blog CIk Sue.

Yang ni lagi clear...
Kalau korang pun nak rujuk sama pun boleh..

Ni ME kasi linknya;

Rajin tak? Hehehe..
Terpaksa la.. orang yang tak belajar secara khusus memang macam ni.
Amek nota dari blog.
Nota tu amat penting ye kawan-kawan! =p

Kalau yang ni, dia tunjuk cara nak lakar pola
Aziela - Lakar Pola Lipat Batik


Haa.. yang Inayus punya paling mudah dan ringkas.
Boleh rujuk kat sini --


nOtaKaki:~ Kalau ME jumpa link utk pola ni lagi, ME updetkan..

Baju Kurung - Hazimah

0
COMMENTS
ALhamdulillah siap jugak,
Mintak-mintak si pemakainya selesa la kan..

Budak baru belajor memang camni kot.
Nebes je kot ada kena komplen..
Hehehe

Berperang dengan kain

0
COMMENTS
=4 September 2013=
Hari untuk ME berperang habis-habisan dengan kain2 yang orang anto ni

Opss.. yang ni ME punyaaa...
Kain untuk bereksperimen.
Ekeperimen apa?
Tungguuuu!!!


Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya gunting 3 pasang kain dalam sehari.
Pencapaian hebat la tu bagi daku.
Hehehe...

Last sekali, balut kain pada span baju.

Setel dah semua.
YEay!!!
Boleh rehat dah!!!!


posted from Bloggeroid

Blog Khas

0
COMMENTS

Alhamdulillah...
Akhirnya ME berjaya merajinkan diri untuk buat blog baru,
khas untuk kegilaan ME pada dunia jahitan sekarang ni.

ME baru sangat berjinak2 dalam bidang ni dan ME rasa ia kena dengan jiwa ME.
Hehehe..
Jauh sangat menyimpang dari impian sebenar ME.
Tapi takpe la kan, ME boleh create impian baru.
Tak gitu?
Ngeh ngeh ngeh...

Sekian dulu.
Nanti ME cari mood nak transfer post2 jahitan kat blog satu lagi ke sini..
Ciao!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...